BENGKEL LAMAN WEB PUSPANITA
Biro ICT PUSPANITA Negeri Kedah telah menganjurkan Bengkel Laman Web Puspanita pada 23 Januari 2022 (Ahad) bertempat di Bahagian Teknologi Maklumat Negeri Kedah, Wisma Darul Aman Alor Setar, Kedah. Antara jabatan dan Puspanita Daerah yang terlibat bagi sesi pertama ini ialah Biro Puspanita Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Majlis Sukan Negeri Kedah, dan Daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Langkawi dan Padang Terap.