PERUTUSAN

PERUTUSAN YB DATO' SUK




Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh



Salam Sejahtera. Alhamdulillah dan syukur saya Kehadrat Allah SWT dengan izinNya saya di berikan kesempatan merakamkan ucapan sepatah dua kata di dalam laman ini. Sesungguhnya peranan dan penglibatan suri dan pegawai wanita yang menjadi ahli PUSPANITA amat di hargai, kerana melalui sumbangan bakti yang di hulurkan secara sukarela kepada ahli dan masyarakat khususnya sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan. Sejak dari awal penubuhan, sumbangan yang mereka hulurkan baik di dalam bentuk wang ringgit dan keringat bakti mereka tidak dapat di balas dengan wang ringgit dan usaha mereka itu akan sentiasa di kenang sepanjang hayat. Saya sentiasa mendoakan agar semua program yang akan dilaksanakan akan mendapat manfaat kepada semua dan sumbangan yang di hulurkan secara sukarela akan sentiasa berterusan demi kesejahteraan negeri.

Inisiatif PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah membangunkan sebuah laman web ini di lihat sebagai salah satu langkah positif ke arah mendekati masyarakat , harapan saya laman ini akan dapat di manfaatkan sepenuhnya oleh semua ahli yang berada di seluruh pelusuk negeri, yang terdiri dari gabungan ahli seumur hidup, pegawai dan kakitangan wanita, serta isteri-isteri pegawai yang sedang berkhidmat. Saya juga berharap, melalui laman ini, segala informasi, aktiviti dan maklumat terkini akan dapat disebarkan dan di kongsi secara bersama demi kepentingan semua, di mana ia juga di harapkan akan menjadi penghubung secara maya antara sesama ahli. Akhir kata , saya mendoakan agar semua ahli akan terus bertekad dan komited di dalam menjalankan aktiviti di samping memastikan tanggung jawab kita sebagai penjawat awam akan terus di laksanakan demi pembangunan dan kemakmuran negeri yang kita sayangi.

Salam hormat,

YANG AMAT DIHORMATI  DATO’ PADUKA AMMAR BIN DATO’ SHAIKH MAHMOOD NAIM,
DPSS.,DSDK.,JSD.,SSS.,AMK.,AMN.,BCK.


Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

Merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman







PERUTUSAN YBHG DATO ' PENGERUSI NEGERI KEDAH



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya merakamkan sepatah dua kata di dalam ruangan ini , syukur Alhamdulillah akhirnya laman web PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman akhirnya dapat di realisasikan untuk di gunakan sepenuhnya serta dapat memenuhi keperluan ahli serta secara tidak langsung akan menjadi gerbang maya kepada seluruh ahli.

​Saya amat berharap dengan adanya laman web ini, lebih banyak maklumat serta informasi yang terkini akan dapat disebarkan dengan segera untuk menarik perhatian ahli PUSPANITA serta dapat di manfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak.

​Sehubungan dengan itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang telah berusaha dan bekerjasama, terutamanya Jawatankuasa Biro Pembangunan ICT dan Seranta yang telah berusaha membangunkan laman ini.

 Saya juga ingin menyeru kepada seluruh ahli gabungan yang berada di seluruh daerah untuk sentiasa berganding bahu dan bekerjasama erat di dalam melaksanakan aktiviti di peringkat daerah dan negeri , selaras dengan slogan “ Wanita Sepakat, Negara Meningkat”. Kerjasama strategik yang bakal laksanakan juga perlu mengambil kira impak kepada ahli serta masyarakat bagi memastikan apa yang kita hulurkan dapat memberikan manfaat kepada penerima.

 Akhir kata, saya sentiasa mendoakan agar hubungan silaturrahim di antara kita dapat di eratkan melalui peranan kita sebagai ahli PUSPANITA dan juga melalui program-program serta aktiviti yang di laksanakan dan kita semua akan terus komited di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dan peranan kita sebagai ahli , anggota masyarakat dan juga sebagai penjawat awam, demi melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing serta mampu mengharungi cabaran di masa akan datang.



Salam Sejahtera,



YBhg. Datin Paduka Hariyanti binti Amit

Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah Darul Aman



Comments

Popular posts from this blog

LAWATAN RASMI PUSPANITA KUBANG PASU KE ISTANA ANAK BUKIT